Wednesday, 2 May 2012
Awak Tahu semua tu kan awak
Awak , saya tak banyak duit , tapi kalau awak nak ,
saya boleh bagi kasih sayang yang nilainya lebih tinggi dari wang ringgit .
Awak , saya tak mampu nak beli kapal terbang untuk awak ,
tapi saya boleh buat awak bahagia sampai rasa seperti di awang-awangan .
Awak , saya tak boleh beri awak kereta mahal-mahal ,
tapi saya boleh jadi kereta awak yang awak boleh pandu ke mana-mana .
Awak , saya tak kuat untuk berlawan dan bertumbuk dengan orang yang cari pasal dengan awak ,
tapi saya boleh sentiasa berada di sisi awak untuk bagi semangat hingga awak mampu melawan seorang diri .
Awak , saya tak mampu nak belikan awak kamera Dslr jenama Canon atau Nikon ,
tapi saya boleh cipta kenangan terindah yang awak akan ingat sampai bila-bila walaupun tanpa gambar .
Awak , saya mungkin tak pandai masak sedap-sedap ,
tapi saya akan pasti kan awak sentiasa tersenyum kerana perut yang kenyang .
Awak , saya tahu awak mungkin tak mampu beli rumah mahal dan mewah ,
tapi saya boleh hias rumah kita nanti dengan memori terindah sampai awak tak nak keluar rumah .
Awak , saya mungkin tak mampu untuk jadi yang sempurna dimata awak ,
tapi saya boleh beri kasih sayang yang sempurna buat awak selamanya .
Awak , saya mungkin bukan lelaki terbaik yang pernah awak kenal ,
tapi saya akan pastikan awaklah manusia paling beruntung sebab dapat kenal dengan saya .
Awak , saya mungkin tak mampu nak redakan kemarahan awak dengan kata-kata saya,
tapi saya akan peluk awak dengan penuh kasih sayang sampai awak lupa awak tengah marah .
Awak , mungkin awak bukan yang pertama pernah duduk dalam hati saya ,
tapi awak sudah pasti akan jadi yang paling akhir dan kekal menjadi penghuni hati saya .
Awak , saya mungkin tak boleh nak bawa kapal terbang ,
tapi saya boleh bawa awak rempit naik motor besar sebab saya ni minah rider hehe
Awak , saya mungkin tak boleh halang awak dari basah terkena hujan ,
tapi saya cuba sehabis baik supaya tak pernah sekali pun hati awak dihujani kesedihan .
Awak , saya mungkin tak lembut macam perempuan lain .
tapi saya boleh jadi perempuan paling manja yang awak pernah kenal .
Awak , saya mungkin bukan seorang perempuan yang boleh dibanggakan ,
tapi saya mungkin boleh jadi isteri yang gah dihati awak sampai kawan dan keluarga awak pun terpegun.
Awak , saya mungkin tak mampu nak beri awak kata-kata semangat ,
tapi saya akan beri doa seorang isteri untuk awak setiap kali saya solat supaya awak berjaya .
Awak , saya taknak minta banyak , saya cuma nak awak terima saya seadanya , saya cuma nak awak beri sayang awak sepenuhnya untuk saya selain Pencipta kita , saya cuma nak awak lindungi saya , saya cuma nak jadi orang pertama dan terakhir dalam fikiran awak sebelum awak tidur dan bila awak bangun dari lena , saya cuma nak awak faham apa dalam hati saya , dan paling penting saya cuma nak awak jadi seorang suami yang memimpin saya ke jalan-NYA dan mampu untuk imamkan saya dan anak-anak kita nanti . Itu sudah cukup untuk buat awak sempurna di mata saya :)
first time kiter jumper
Awak Ingat Lagi tak first time kiter jumper kat maner erk?
tak silap saya kat sekolah kan
harituh sejak saya masuk sekolah tuh saya rasa bertuah dapat kelas ngan awak dah lama saya pendam perasaan saya
biler kiter nak luahkan awak?
mase harituh awak panggil saya datang kat meja awak...
saya rasa macam ada sesuatu yg awak nak bgitau saya
awak nak tau tak aper yg awak cakap
awak cakap.... "Awak Comel Lah =^_^="
hati saya rasa dupdapdupdapdupdap
sepanjang harituh saya gembira sangat
awakk...
awak tahu tak awak sejak awak kelas ngan saya kan saya selalu tenung awak sori awak
saya tak bgitau awak
:"(
ok lah itu kenangan saya k
saya harap kenangan niyh awak simpan dalam hati awak jugak
Monday, 9 April 2012
Hujan Muda
Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi
Ku masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi
Chorus
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua melangkah ke depan
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya
Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kau dan aku macam tak biasa
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua melangkah ke depan
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya
Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kau dan aku macam tak biasa
(Chorus)
(Chorus)
(Chorus)
(Chorus)
Memang...
Saya Bagi Surat niyh nak suruh awak tahu
Cinta itu bagai darah Ia Memang Menyakitkan bak kata KL Gengster "Memey ar~"
Nikmatnya Pacaran Setelah pernikahan
Awak Adalah Bunga Ros Yang sgt2 saya sayang!!!!!!!!!!!
Merah itu tandanya berani cinta itu mesti berani(bukan berani buat benda jahat.)
Wassalam
Cinta itu bagai darah Ia Memang Menyakitkan bak kata KL Gengster "Memey ar~"
Nikmatnya Pacaran Setelah pernikahan
Awak Adalah Bunga Ros Yang sgt2 saya sayang!!!!!!!!!!!
Merah itu tandanya berani cinta itu mesti berani(bukan berani buat benda jahat.)
Wassalam
C.I.N.T.A
Aku rasa semua orang pernah bercinta.. tak kira tua atau muda atau aper bangsa itu sendiri. Tuhan sudah anugerahkan manusia untuk menyayangi seseorang atau pun di sayangi oleh sesiapa saja. Tak kira oleh keluarga , kawan – kawan atau insane lain.
Apa yang aku nak coretkan kat sini , adalah kisah hidup aku.. kisah cinta aku..
Biarlah aku namakan aku sebagai Z dan dia sebagai N. aku rasa itu sudah memadai buat semua users. Aku mengenali N semasa aku meyambung pelajaran selepas SPM. Aku diterima masuk di pusat pengajian awam di Ipoh. Aku berkenalan dengan N setelah sebulan aku disana. Kami berkenalan di dalam IRC. Tidak aku sangka perkenalan itu telah membibitkan rasa cinta antara kami.
Tapi sebelum itu kami telah bersemuka. Cantik orang nya , comel dan ayu. Pada mulanya aku hanya menganggap aku bertepuk sebelah tangan dan tidak menaruh apa – apa harapan. Mungkin sudah rezeki aku N sudi menerima diri aku. Gembira tak terhingga , angau dibuatnya. Mana taknya , masa tu ramai jantan yang ngorat dia dan aku yg dia pilih , bangga la jugak. Mandi tak basah makan tak kenyang la orang kata.
Hubungan kami berjalan lancar , gaduh sikit – sikit tu biasa la kan. Setelah hubungan kami berusia setahun N mengajak aku bertemu dengan orang tuanya. Takutlah juga tapi beranikan diri jer la dan tawakal. Alhamdulillah hubungan kami direstui asalkan tahu menjaga tertib sabagai orang melayu. N jugak sudah bertemu dengan orang tua aku.
Kiranya tiada masalah bagi kedua – dua belah pihak. Lagipun semasa di semester 3 orang yang paling aku sayang ibu aku meninggal dunia sakit asma. Masa tu aku kat ipoh , dua minggu aku tak jumpa arwah ibu dan tiba – tiba dapat berita kematiannya. Sedih tak terhingga . aku tak sempat nak mohon maaf kat ibu aku. Masa inilah N banyak membantu aku. Menghilangkan kesedihan aku , memberi aku semangat untuk meneruskan hidup aku. Sekurang – kurang nya aku ada tempat nak menghilangkan kesedihan aku. N banyak membantu aku , sebab itulah aku terlalu sayangkan dia. Aku berterima kasih kepada dia kerana sudi menerima diri aku.
Selepas itu kami meneruskan pengajian masing – masing dan hubungan kami bertambah akrab.Aku mengambil khusus diploma dan N khusus sijil. Jadi N tamat pengajian dulu dan aku meneruskan pengajian lagi setahun. Sedih la juga sebab terpaksa berjauhan tapi nak buat macam mana , itu la cabaran orang bercinta agaknya. Sebulan sekali kami berjumpa. Itu pun dirumahnya , mak N lebih suka macam tu , lebih baik jumpa depan mak nya kan. Lagi pun rumah N dekat taiping jadi tidak jauh sangat.
Selepas 6 bulan N mendapat tawaran menyambung pelajaran IPTS di Petaling Jaya. Bagi aku peluang itu hanya sekali jadi aku membenarkan N pergi ke sana. Mula – mula tu berat la jugak sebab kami akan bertambah jauh dan aku rasa semua users tahu hidup kat KL macam manakan. Aku di ipoh dan N di KL. Lagipun masa tu aku di semester akhir . maklum la sibuk ngan projek tahun akhir , assignment lagi , final exam jadi kami jarang bertemu. Kami sekadar berhubung dengan telefon dan mambalas e mail. Aku masih ingat kata – kata N. Dia terlalu menyayangi diri aku dan tidak sanggup kehilangan aku. Biasalah masa bercinta semuanya indah kan , pahit pun rasa manis
Akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di Ipoh. Aku kembali duduk di KL dan mendapat kerja disana.
Aku diterima kerja sebagai juruteknik di salah sebuah kilang di Cheras. N pula sibuk dengan kuliahnya. Kami hanya berjumpa pada hujung minggu saja. Maklum la masing – masing sibuk dengan kerja. Lagipun N dan aku sudah merancang untuk bertunang. Jadi taklah risau sangat sebab ramai sangat lelaki yang nak kat dia. Aku pun tak tahu naper.
Sampai satu masa aku mula merasa perubahan pada diri N, aku ingat itu hanyalah perkara biasa sebab dia sibuk dengan kuliahnya dan aku sendiri faham. Aku pun pernah jadi student. Pada satu hari N memberitahu dia ingin pulang ke kampung. Lagi pun N jarang balik sejak belajar di KL. Aku tidak mengesyaki apa – apa. Lagi pun hubungan kami seperti biasa , tiada masalah langsung. Aku menghantar N ke stesyen bas dan masa tu la aku lihat N macam menyembunyikan sesuatu dari aku. Sebab N kelam - kabut sangat selalu tak pernah pun macam ni. Selepas N sampai di kampung , barulah N memberitahu aku hal sebenar. Ada orang dating merisik dan mak N menerimanya. N memberikan alasan tidak mahu melukakan hati maknya. Lagipun orang yang merisik tu kawan mak nya sendiri. Bagai halilintar membelah bumi , entah apa yang aku rasa masa tu..tak tahu cam ner aku nak terangkan. Pedih dan perit. Lebih – lebih lagi di saat aku terlalu memerlukan dirinya.
Begitu mudah sekali keputusan dibuat tanpa memikirkan perasaan orang lain. Aku tak tahu di masa salah aku atau kekurangan aku. Aku rasa seperti dibuang bagai sampah. Kebingungan aku dibuatnya. Puas aku cuba memujuk N tapi mungkin takdir Ilahi mahu begini dan N memberikan alasan tiada jodoh. Bagi aku bukan begini caranya.
Sampai ke hari ini , aku dengan hidup aku dan N dengan hidup dia.Kami masih berkawan. Tapi apa guna kalau segala kenangan cinta kami masih menghantui diri aku. 3 tahun bukan satu masa yang singkat. Terlalu banyak memori cinta kami. Masa inilah kawan – kawan aku banyak membantu aku. Aku sayangkan mereka semua.
Jadi disini , bukan aku nak semua users bersimpati pada diri aku. tapi untuk sekadar berkongsi kisah hidup aku. Disini aku belajar , kita akan lebih menhargai seseorang itu apabila kita sudah kehilangannya.
“cinta tidak akan datang jika tidak mencari ,cinta tidak akan wujud jika tidak memberi ,hidup tanpa cita – cita bukan cinta namanya" , jadi hargai seseorang dengan sepenuh rasa cinta”
wassalam" "
Cinta saya hanya untuk Ros @}~
Semalam Awak Tanya Saya
"Saya Sayang awak tak?"
Saya jawab. "sayang...."
Awak tarik muncung
Awak kata saya jawab tak ikhlas!
Hari ni awak tanya lagi
"kalau saya jadi bunga. awak nak jadi apa?"
Saya jawab "saya akan jadi tukang kebunya. "
Awak merajuk lagi
awak kata saya tak romantik !
Harini besday awak
Tapi saya terlupa....
Saya betul-betul tak sengaja
Saya terlalu sibuk dengan urusan kerja
Maafkan saya wak...
Esok hari kekasih
Awak ajak saya "candlelight dinner" sama-sama
Tapi saya ada meeting dengan client
Sorry...
Saya dapat sms.
Awak bagitau kawan lama awak add awak kat fesbuk
Saya Buat biasa jer...
Kawan la... saya tak marah pun
Tapi Sebenarnya Saya cemburu skit.
Cuma saya taknak cakap je...
Hari ni awak mintak izin keluar jumpa si dia
Saya kata "nak buat apa"
Awak merajuk Awak kata saya tak spoting..
Baik lah... pergi lah...
Saya tak ada hak nak halang awak...
Masuk hari ni da seminggu awak menyepi
Saya call awak dari minggu lepas
Tapi satu pun awak tak angkat
Awak ke mana ?
Saya risau tau tak ?
Saya nekad.
Hari ni saya datang rumah awak cari awak
Mak awak kata awak takde
Tapi saya nampak kasut awak
Samapai hati mak awak bohong saya...
Malam tu awak call
Awak mintak putus
Awak kata awak nak bersama dengan si dia
Puas saya merayu. tapi awak tetap nak pergi...
Saya tak tau nak macam mana lagi,,,
Setiap hari saya perhati awak dari jauh
Saya takut awak tersalah langkah
Saya taknak si die ambik kesempatan kat awak
Saya sayangkan awak
Sama macam dulu....
Tak pernah berubah...
Hari ini saya dapat tau awak eksiden
Bergegas saya ke hospital
Doktor kata awak tertusuk kaca
Awak da tak boleh nak melihat....
Ya Allah Sedihnya saya...
Boyfren
Mungkin die tak suka girlfren buta
Tapi tak mengapa....
Awak jangan sedih ya...
Kan saya ada ?....
Doktor kata mata awak perlukan penderma...
Pembedahan pun agak menelan belanja
Maafkan saya awak....
Duit titik peluh saya selama ni untuk mengahwini awak
Terpaksa saya guna untuk pembedahan mata awak
Saya nak awak sembuh....
Hari ni awak da bol,eh melihat
syukur lah lega hati saya
saya harap lepas ni awak hati-hati
saya da tak dapat nak jaga awak lagi
Ya. memang saya tak romantik
Memang saya selalu pelupa
Memang saya selalu banyak kerja...
Tapoi percaya lah....
Sayangnya saya pada awak
Lebih dari segala-segalanya
Lebih dari segala-segalanya
Hati yang sekeping, banyak sekali implikasinya. bahagianya kita, deritanya kita, baikkah kita, jahatkah kita.. semuanya terletak pada hati nan satu.
Kelak kita akan dihisab atas apa monolog hati kita, niat hati kita.. Segalanya akan diberi balasan.
Bagaimana ye mahu ditulis lagi, agar orang yang menderita hatinya, mampu bangun dan membuang luka dan duka itu jauh, menjadikan ia satu sejarah silam, dan mampu mengembalikan gembira di hati, agar monolog hati kita menjadi ucapan syukur, kata yang terpahat di hati kita, perkataan terima kasih, lukisan yang terukir di dinding hati kita, lukisan indah dan meriah.
Masyaallah, sesungguhnya dunia ini indah, ujian ALLAH itu manis. caci dan cela itu rencah, apa sangatlah kata nista orang, apa pula puji melambung, segalanya milik ALLAH. kita tak punya apa, kita hanya hamba. bukan tuan. mengapa mahu merasa derita atas apa yang diperlakukan oleh Tuhan yang empunya segala atas barang milik dan ciptaanNYA.
Kita ini, bagai kaduk naik dijunjung, beri betis mahu peha, sudahlah hamba, tetapi merasa tuan, kemudian tidak redho pula atas keputusan TUAN yang sebenar. seolah kita ini dipersalahlakukan oleh TUAN yang sebenar itu, seolah DIA zalim. seoalah DIA tidak tahu apa yang dibuatNYA, kita lebih tahu apa yang lebih baik untuk diri kita…
Ohh.. Bila ALLAH izinkan kita bersuami, kita balas pemberian ALLAH itu dengan rasa tidak puas hati atas suami yang dikurniakan itu, ada saja yang tidak kena, ada saja yang tidak betul pada pandangan mata kita. kita ‘wish’ pula untuk bersuamikan suami yang lain.
Suami kita ini garang, suami kita ini tidak bertanggung jawab, suami kita ini tidak romantik, suami kita ini curang, suami kita sekarang mahu berkahwin lagi, suami kita dah pun berkahwin, .. dan bagai..
Lalu, hati kita mula menderita, mula berkeluh kesah, mula mempersoalkan ini dan itu, mengapa begini dan mengapa begitu, mengapa tidak begini dan mengapa tidak begitu?
Persoalan-persoalan inilah yang membawa monolog duka dalam hati.. membuatkan syukur, terima kasih, redho, tenang, ikhlas terhijab. terhalang dan tidak wujud terus dalam diri.
Gagal rasa syukur, tak mampu rasa terima kasih, tak tergerak hati mahu memaafkan. tidak dapat rasa kasih pada sesama manusia, maka tak wujudlah rasa tawakal dalam hati, tak akan timbul rasa berserah sepenuhnya kepada ALLAH, maka, mana mungkin datangnya redha.
Sedang semua ini..
1. Sifat Memaafkan
2. Rasa Berterima Kasih
3. Sabar
4. Perasaan Kasih Pada Manusia
5. Tawakkal
6. Menyerah Diri kepada ALLAH Secara TOTAL
7. Redha
Adalah 7 sifat yang akan mewujudkan 7 lapisan aura yang menjadi pelindung kepada kekuatan jasad dan kekuatan rohani, yang dengan memiliki aura yang tinggi, hati mudah amat merasa bahagia, walau apapun ujian yang ALLAH beri kepada kita.
Moga 7 lapisan pelindung diri dan hati didizinkan menjadi milik kita. Hidup berilmu, ceria selalu. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)
.jpg)

