+AkU SeOrAnG ReMaJa+

+AkU SeOrAnG ReMaJa+
I Did This Because I Love You And i Wan Share Wif U

Wednesday, 2 May 2012

Awak Tahu semua tu kan awak

Awak , saya tak banyak duit , tapi kalau awak nak , saya boleh bagi kasih sayang yang nilainya lebih tinggi dari wang ringgit . Awak , saya tak mampu nak beli kapal terbang untuk awak , tapi saya boleh buat awak bahagia sampai rasa seperti di awang-awangan . Awak , saya tak boleh beri awak kereta mahal-mahal , tapi saya boleh jadi kereta awak yang awak boleh pandu ke mana-mana . Awak , saya tak kuat untuk berlawan dan bertumbuk dengan orang yang cari pasal dengan awak , tapi saya boleh sentiasa berada di sisi awak untuk bagi semangat hingga awak mampu melawan seorang diri . Awak , saya tak mampu nak belikan awak kamera Dslr jenama Canon atau Nikon , tapi saya boleh cipta kenangan terindah yang awak akan ingat sampai bila-bila walaupun tanpa gambar . Awak , saya mungkin tak pandai masak sedap-sedap , tapi saya akan pasti kan awak sentiasa tersenyum kerana perut yang kenyang . Awak , saya tahu awak mungkin tak mampu beli rumah mahal dan mewah , tapi saya boleh hias rumah kita nanti dengan memori terindah sampai awak tak nak keluar rumah . Awak , saya mungkin tak mampu untuk jadi yang sempurna dimata awak , tapi saya boleh beri kasih sayang yang sempurna buat awak selamanya . Awak , saya mungkin bukan lelaki terbaik yang pernah awak kenal , tapi saya akan pastikan awaklah manusia paling beruntung sebab dapat kenal dengan saya . Awak , saya mungkin tak mampu nak redakan kemarahan awak dengan kata-kata saya, tapi saya akan peluk awak dengan penuh kasih sayang sampai awak lupa awak tengah marah . Awak , mungkin awak bukan yang pertama pernah duduk dalam hati saya , tapi awak sudah pasti akan jadi yang paling akhir dan kekal menjadi penghuni hati saya . Awak , saya mungkin tak boleh nak bawa kapal terbang , tapi saya boleh bawa awak rempit naik motor besar sebab saya ni minah rider hehe Awak , saya mungkin tak boleh halang awak dari basah terkena hujan , tapi saya cuba sehabis baik supaya tak pernah sekali pun hati awak dihujani kesedihan . Awak , saya mungkin tak lembut macam perempuan lain . tapi saya boleh jadi perempuan paling manja yang awak pernah kenal . Awak , saya mungkin bukan seorang perempuan yang boleh dibanggakan , tapi saya mungkin boleh jadi isteri yang gah dihati awak sampai kawan dan keluarga awak pun terpegun. Awak , saya mungkin tak mampu nak beri awak kata-kata semangat , tapi saya akan beri doa seorang isteri untuk awak setiap kali saya solat supaya awak berjaya . Awak , saya taknak minta banyak , saya cuma nak awak terima saya seadanya , saya cuma nak awak beri sayang awak sepenuhnya untuk saya selain Pencipta kita , saya cuma nak awak lindungi saya , saya cuma nak jadi orang pertama dan terakhir dalam fikiran awak sebelum awak tidur dan bila awak bangun dari lena , saya cuma nak awak faham apa dalam hati saya , dan paling penting saya cuma nak awak jadi seorang suami yang memimpin saya ke jalan-NYA dan mampu untuk imamkan saya dan anak-anak kita nanti . Itu sudah cukup untuk buat awak sempurna di mata saya :)

No comments:

Post a Comment